Jeng...jeng..jeng...
"Ani angkat kain hujan dah turun.." hehehe teringat seketika cerita Tan Sri P Ramlee, Laksamana Bujang Lapok. Saya ini peminat cerita-cerita P. Ramlee...
Saja iklan sekejap. Ok, episod kali ini kita belajar wrap text didalam Excel 2003, situasi selalunya ketika anda sedang menggunakan Excel, lepas tue menaip sepotong ayat yang lebih panjang daripada medan seperti dibawah.
Kalau ayat itu pendek boleh laa, sekali ayat tue berjela-jela daa.... pasti ada beberapa kaedah yang sering juga saya lihat antaranya.
1) Tarik column agar medan itu dapat panjang sehingga ia sesuai (seperti C5);
2) Ayat tersebut anda pecahkan mengikut beberapa barisan. dan anda masukkan mengikut medan-medan dari atas kebawah (cara ini saya kurang setuju kerana jika perlu dikemaskini "edit" pasti akan timbul masalah)
Mari kita sesama mengatasi masalah ini.
Mula-mula medan yang ingin di Wrap Text perlu dipilih (select/highlight). Kemudian ketik kanan (right click) pada medan yang dipilih dapatkan format cells
Kemudian dapatkan Tab Alignment dan tandakan pada Wrap Text dan OK
Ok wrap text telah disetkan pada medan tersebut.
Kemudian anda boleh kemaskan Medan itu, Hasilnya.... senang saja....
No comments:
Post a Comment