Friday, 13 June 2008

MS Powerpoint : Mouse Over Mouse Click

Dah lama tak edit post nie, just letak gambar saja...minta maaf bebanyak kepada kawan-kawan semua, agak sibuk kebelakangan ini. Baiklah kali ini saya akan tunjukkan cara menggunakan dan perbezaan diantara "Mouse OVER" dan "Mouse CLICK" sambil itu saya akan ajarkan sekali satu game untuk mengenakan kawan-kawan kita...

Sila buat satu slide seperti dibawah atau pun pernyataan yang ingin kita kenakan kepada kawan kita. Letakkan 2 button bagi Ya dan Tidak atau Yes or No





Sekarang ini saya hendak jika mouse pergi ke butang YES saya akan larikan butang tersebut, tetapi apabila mouse ke butang NO saya akan membenarkan mouse klik pada butang NO. Maksudnya bagi game ini saya tidak mahu mouse untuk mengklik butang YES tetapi saya mahu mouse boleh klik pada butang NO sahaja.

Maka dengan itu saya akan settingkan butang YES dengan Mouse OVER manakala pada Butang NO disetkan dengan Mouse CLICK.1)Setting bagi butang YES, Mouse OVER ->Hyperlink to -> Next Slide
2) Setting bagi butang NO, Mouse CLICK -> Hyperlink to -> Last Slide.
PASTIKAN TAB MOUSE OVER DAN MOUSE CLICK DIPILIH DENGAN BETUL



Setelah selesaikan langkah-langkah diatas, barulah anda boleh copy paste slide tersebut kepada 4-5 copy.



Kemudian bagi setiap slide itu, sila alihkan butang YES kemana-mana yang anda suka. Tadi kita telah setkan pada butang YES dimana jika mouse lalu ke butang YES ia akan ke next slide, so sekarang ini kita telah buat butang YES seakan-akan melarikan diri dari mouse jika menghampirinya.



Tapi ada masalah jika ia telah berada pada slide terakhir. Maksudnya slide akan tamat disitu sahaja, Maka bagi slide terakhir setting pada butang YES mouse over perlu diubah pada Hyperlink to First Slide (Butang YES -> Mouse OVER -> Hyperlink To -> First Slide



Sekarang bagi Butang YES kita telah selesaikan. Jika mouse kearah butang YES, ia akan melarikan diri. Tetapi bagi butang NO pula??? macamana nak buat. Kalau butang NO diklik apa yang perlu kita lakukan???.
Sonang baitu...senang saja, kita tambahkan lagi satu slide dan buatkan satu pernyataan seperti dibawah. Dah siapppp.........

Monday, 2 June 2008

Ms Excel 2003 : Wrap Text

Jeng...jeng..jeng...
"Ani angkat kain hujan dah turun.." hehehe teringat seketika cerita Tan Sri P Ramlee, Laksamana Bujang Lapok. Saya ini peminat cerita-cerita P. Ramlee...

Saja iklan sekejap. Ok, episod kali ini kita belajar wrap text didalam Excel 2003, situasi selalunya ketika anda sedang menggunakan Excel, lepas tue menaip sepotong ayat yang lebih panjang daripada medan seperti dibawah.

Kalau ayat itu pendek boleh laa, sekali ayat tue berjela-jela daa.... pasti ada beberapa kaedah yang sering juga saya lihat antaranya.
1) Tarik column agar medan itu dapat panjang sehingga ia sesuai (seperti C5);
2) Ayat tersebut anda pecahkan mengikut beberapa barisan. dan anda masukkan mengikut medan-medan dari atas kebawah (cara ini saya kurang setuju kerana jika perlu dikemaskini "edit" pasti akan timbul masalah)

Mari kita sesama mengatasi masalah ini.

Mula-mula medan yang ingin di Wrap Text perlu dipilih (select/highlight). Kemudian ketik kanan (right click) pada medan yang dipilih dapatkan format cells


Kemudian dapatkan Tab Alignment dan tandakan pada Wrap Text dan OK


Ok wrap text telah disetkan pada medan tersebut.

Kemudian anda boleh kemaskan Medan itu,
Hasilnya.... senang saja....